Nasi lemak buah bidara.
Sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan..
Pantun melayu memang berlemah-lembut bahasanya. Bak kata orang semua hendak berkias-kias umpamanya. Sampai la anak muda generasi sekarang dah tak faham lansung maksudnya. Payah nak hadam. Sebab nak kena fikir banyak kali. Apa benda yang tersirat sebenarnya.Jadi malas berfikir. Titik.
Orang sekarang kalau bercinta sanggup buang mak bapak.
Sanggup lari ke Lombok konon sumpah setia nak seia sekata sehati sejiwa.
Sanggup berkorban jiwa raga badan segala.
Sanggup bunuh orang, bagi pinjam barang, bagi pinjam badan, bagi pinjam harta.
Sanggup tala kepala sendiri ke tali gantung konon cinta itu buta.
Sudahnya nanti akhirnya sendiri berputih mata.
Menangis hiba.
Sebab semuanya dah terlambat. Lepas tu tahu pula mintak tolong orang tua.
Memang!
Memang cinta itu buta.
tapi...
Yang engkau pergi butakan mata kenapa?
Yang engkau pergi pekakkan telinga tu kejadah apa?
Bila susah tahu pula engkau nak meminta-minta.
Konon susah di lombok, tolong bawa aku pulang.
Dulu sebelum pergi tak fikir susah di kemudian hari?
Dulu sebelum pergi...
"Mak tak payah cari saya lagi. Saya sudah tahu jaga diri. Saya nak pergi kepada cinta sejati."
Oh, naifnya kamu.
Dunia ini bukan senaif kamu wahai budak.
Dunia ini kejam tahu?
Dunia ini bukan lah semudah pejam mata, pekakkan telinga sahaja.
Kalau langkah ini langkah pertama.
Banyak lagi onak duri yang bakal menusuk hati.
Membelakangkan orang tua bakal bisa buat kamu mati!
Semua orang tahu cinta itu buta.
tapi mengapa harus kamu juga buta kerana cinta.
sungguh rugi rasanya.
kerana bila kamu buta kerana cinta.
di akhirnya kamu bisa berputih mata
cinta saja tidak memadai untuk sehidup semati
tidak cukup lagi.
perlu banyak lagi nasihat didengari
perlu banyak lagi maklumat digali.
Bukan seperti lagu sehati sejiwa.
kadang logik harus mengatasi jiwa.
tebarkan segala kemungkinan.
lakarkan segala macam bakal kepayahan..
mahu kayuh perlahan-lahan?
pejam mata-tanya iman?
mampukah aku teruskan?
Cinta datang dan pergi.
Ibu bapa cuma sekali.
Satu dan tiada galang ganti.
Wajarkah dikorbankan mereka di akhirnya nanti?
No comments:
Post a Comment