Saturday, March 12, 2016

Lelaki itu.

Lewat ini aku sering diacah perasaan sendiri
Entah lintasan apa yang Allah bagi
Entah ada apa yang menyentuh sanubari
Seringkali aku ingatkan diri sendiri
Apalah yang aku cari pada lelaki itu?
Apalah yang mahu aku rebutkan?
Apakah yg mahu direbutkan sekujur tubuh yang masih belum tentu bisa mengheret aku ke syurga?
Dalam diam aku menangis
Menangis sendiri
Resah sendiri
Entah mengapa hati ini
Allahu..dalamnya parut ini
Pedihnya masih terasa lagi
Hingga kini

Allah..sesungguhnya hanya Engkau tempat aku bergantung
Dan sesungguhnya Engkaulah sebaik baik pelindung.
La' tahzan wahai hati.

Sunday, June 8, 2014

Beban di hati

Subhanallah.
Maha Suci Allah.
Dia sahaja yg Maha Mengetahui
Dia sahajalah yg Maha Mendengar
Mendengar setiap rintih hati ini
Mengetahui setiap rasa hati ini

Disaat ada dugaan tak tertanggung
Disaat ada rasa yang tak terbendung lagi di dalam dada

Dia sahajalah penguat semnangat
Peniup semula kekuatan diri
Ya, mujur sahaja aku masih punya dahi untuk bersujud
Ya, mujur sahaja Dia tidak pernah sesekali meninggalkan aku
Walau acap kali aku melupakanNya.

Andai detik ini ujian buat aku untuk kembali sujud..
moga ujian ini akan terus menjadi ingatan sampai akhir hayat aku nanti
moga saja ujian ini terpahat kukuh di sanubari ini

Ya Allah
aku lemah, tidak gagah
Ya Allah
Aku simpan semuanya di dalam dada
detik demi detik..
waktu demi waktu
suratan demi suratan
moga semuanya mendidik aku untuk terus mendekatkan diri ke hadratMu..
Moga semua ini menjadikan aku lebih baik dari semalam
Moga semua ini tarbiah buat aku menyusuri hidup ini
Semoga masa hadapan aku lebih  baik dari hari kelmarin..

Usah Engkau lemahkan aku di saat aku perlukan kekuatan..
Izinkan aku bersimpuh di bawah redhaMu wahai Tuhanku
Pandulah aku agar sentiasa ingat akanMu

Wednesday, January 29, 2014

Terluka di saat melukai..

"La' tahzan innallahamaana"
Jangan bersedih,sesungguhnya Allah bersama-sama kami.

Berkali-kali aku mengingatkan diri sendiri
Berkali-kali juga aku tersungkur
Patah hati dan menangis lagi
Kesal? Tiada guna.
Yang tinggal pelajaran.

I've learned my lesson

Semalam aku melukai mereka yang menyayangi aku
Tapi tanpa sedar aku melukai diri aku sendiri
Bukan sekadar itu..malah..
Lebih lagi
Luka itu terlalu dalam
Tak mampu disebut
Terasa terlalu aib..dan memalukan
Hingga tak tertanggung rasa pedih di hati

Bila rindu bertandang
Pejam mata kemas-kemas
Terkadang aku menangis kerana terlalu rindu
Namun tak terluah..

Bila bertentang mata
Semua kata-kata bertakung di dalam dada
Simpan kemas-kemas di lipatan hati
Biar..biarlah aku bawa mati semua ini..

Berkata-kata mungkin lebih melukakan
Melukakan aku..
Melukakan mereka juga

Aku memilih untuk menjauh
Biarlah..
Mungkin ini lebih baik
Mungkin ini lah yang terbaik..

Monday, October 7, 2013

Kesal.

Ada banyak perkara yang aku kesalkan dalam hidup ni
Dan andainya masa itu dapat diputarkan kembali..
Mampukah aku untuk membuatkeputusan yang sewajarnya?

Ada banyak perkara yang aku yakini..
yang tidak akan berlaku tanpa izinNya..
Biar segunung kesalku bertimbun..
Berhimpun, menyesaki sepelosok dadaku kini
Biar mengalir air mata darah sekali pun..
aku tetap yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Ya, Dia tuhan yang satu yang sentiasa menjadikan aku sabar semula
Berfikir buat kali ke dua...
di dalam hidup ini betapa banyak pilihan
dan mengapa kita cenderung kearah pilihan yang ini

Betapa sukarnya sekalipun
biar berapa banyak hati yang aku lukai dengan keputusan aku ini
aku yakin, akhirnya pasti Dia akan menunjukan aku jalan keluarnya
dan sentiasa aku berdoa dan berharap moga akhirnya baik-baik sahaja
Moga setiap apa yang aku lakukan diredhaiNya

Ya Allah, yakini aku untuk terus melangkah
Iringi aku bersama redhaMu
Izinkan aku bersama restuMu
Jangan biarkan aku meyimpang dari pedoman Mu
Jangan biarkan hati ni berbolak balik di pertengahan jalan ini
Sesungguhnya perjalanan ini masih terlalu jauh lagi..
Aku sentiasa berharap agar sesalku ini sia-sia
aku sentiasa berharap agar Kau sentiasa bersamaku
Setiap langkah, mengiringi perjalananku..memperkukuhkan hatiku
Agar sesal ini berlalu pergi
 Agar tiada lagi air mata yang perlu aku tangisi
Agar tiada lagi air mata yang perlu aku kesat di kemudian hati..

Sunday, January 20, 2013

CURANG.

Mampukah kita memaafkan?
Mampukah hati yang terluka dirawat semula?
Bisakah pintu kemaafan dibuka seluas-luasnya buat si dia?
Andai hati masih terasa masih basah dengan darah luka itu?

Apa yang penting sekali..
adakah bisa kepercayaan itu akan tetap sama seperti suatu waktu dahulu?
Bisakah dilupakan setiap kecurangan di belakang kita?

Jawapannya..
pasti tidak sama sekali.
kepercayaan itu juga tidak akan sama
luka itu tetap akan terasa biarpun hati mahu memaafkan
meskipun hati masih menyayangi walau dengan sepenuh hati

perasaan takut..
perasaan dikhianati..
perasaan sedih..
perasaan sukar menerima..
perasaan sukar memaafkan..
dan asyik mencari kekurangan diri..

semuanya berkumpul membeku menjadi satu
dengan soalan sama berulang-ulang kali di kepala
~mengapa? mengapa? dan mengapa?~

Kecurangan adalah sesuatu yang paling sukar di terima seseorang
baik lelaki, apatah lagi perempuan
luka emosi adalah lebih buruk dari sesuatu apapun.
nampak sembuh tapi sebenarnya tidak
fobia akan terus menghantui hati

ingin terus memaafkan tetapi hati tetap ada sedikit rasa
rasa ragu dan terkilan.
ingin menerima semula seadanya
tapi hati masih berbelah bahagi

sesungguhnya hati yang pernah terluka sangat sukar untuk sembuh kembali.
ada sedikit rasa yang terpendam jauh di sudut hati.
rasa terkilan, sedih dan rasa dikhianati..
amat sukar memadamkan semua ini..

dan hati asyik berkata.
andainya dia tidak pernah curang padaku..

Tuesday, January 15, 2013

PELUANG KE-2.

Aku cuba memadamkan segala sejarah yang hitam.
Kerana hitamnya membuatkan aku bertambah buta.
Buta pada hati. Bukan pada mata.
Sedikit ruang tercipta.
Tercipta kerana masih ada sisa-sisa cinta disini.

Bermacam andaian bermain di kepala.
Mengapa dia pergi, pergi meninggalkan aku disini.
Suatu ketika dahulu.
Puas aku memikirkannya.
Namun buntu akhirnya.
Aku terasa berada di zon kelabu.
Gagal mencari hitam putihnya.

Dia kembali.
Seakan cuba menguji kali ini.
Tetapi seakan benar menagih janji. Ingin kembali sekali lagi.
Soalanku cuma satu-MENGAPA?

Aku pasti dia punya alasan.
Aku yakinkan hati dia punya alasan tersendiri.

Ku tadahkan tangan memohon pada sang Pencipta.
Pencipta segala cinta di atas cinta.
Pemilik cinta UTAMA.
Andai dia untukku, mohon redhaMU ya Rabb.
Andai dia untukku, mohon jalannya untukku.

Aku pahatkan dihati.
Setiap manusia punya sejarah sendiri.
Setiap yang berdosa perlu diberi peluang ke-2.
Kerna tiada manusia yang berdosa hilang masa depannya.

Lalu ku bukakan hati.
Mengutip sisa cinta ini
Mengumpul kemaafan yang hanya tinggal saki baki.
Untuk bermula sekali lagi.

Peluang ke-2.
Usah disia-siakan.
Andai di khianati, pasti hilang, punah dan mati.

Saturday, June 9, 2012

#5

Semua orang asyik membicarakan perihal gegaran semalam setibanya aku tiba di kafeteria tengahari itu. Semua. Tidak ketinggalan juga mak cik tukang jual nasi ayam di situ. Hajat aku untuk ke kafeteria hanyalah untuk makan tengahari memandangkan Nik dan Zahiah sudah menelefon aku mengajak makan bersama di kafeteria tadi.

Mataku ligat mencari-cari kelibat Nik dan Zahiah di celah-celah orang ramai. Tiba-tiba aku terpandang mereka yang baru tiba dari library, berjalan sambil memegang beberapa buah fail dan buku di tangan. Mereka tersenyum dari kejauhan sambil mata tepat kearahku. Lebar sekali senyumanku kurasakan meskipun sekadar membalas senyuman mereka.

"Jom. Kita cari meja kosong dulu." Usul Nik.

Sebaik sahaja kami mendapat meja kosong, salah seorang daripada kami menunggu. Akulah tu. Nik dan Zahiah bergandingan menuju ke kaunter bufet. Aku sekadar memerhati rancangan yang disiarkan di televisyen di hadapanku. Tsunami berskala 9.1 ritcher melanda beberapa buah negara. Impaknya sungguh menakutkan. Semenanjung Malaysia juga tidak terkecuali. Kebanyakan pantai yang dilanda tsunami itu menelan berpuluh-puluh nyawa, hanya di Malaysia. Masha-Allah.

Sesungguhnya Allah telah menurunkan balanya. Tangan-tangan manusia telah melakukan kerosakan di atas muka bumiNya. Banyak tempat di sekitar pantai barat semenanjung termasuklah tempat aku berpijak ini turut merasai gegaran itu. Hanya aku yang tak rasa. Apa deria rasa aku pun dah hilangkah??

"Farha, teruk kan tsunami semalam tu?" ujar Nik seraya meletakan pinggan berisi nasi ayam di tepiku. 

"Ha'ah la. Ramai yang mati. Tengok tu. Kereta pon banyak yang jahanam. Tengok yang dekat Acheh tu, dah macam padang jarak padang tekukur aku tengok. Ajaibnya masjid diorang semua selamat padahal bangunan lain tepi-tepi masjid tu lansung hilang. Tapak pon takde. Kuasa Allah." Aku memuncungkan mulutku ke arah televisyen di hadapan.

"Ke? banyok sangat maksiat lo tu." sampuk Zahiah pulak. Telo kelantannya lansung tidak mahu hilang meskipun sudah hampir setahun kami di bumi Melaka, tanah bersejarah ini. Malahan Zahiah bangga berdialek kelantan. Anak jati Kelantan katanya.

Makan tengahari kami hari itu dihiasi dengan cerita mengenai tsunami. Sambil makan, sambil berborak. Memang itulah kami, sejak mula berkenalan sehingga hampir tamat sesi matrikulasi ini. Aku harap ukhuwah ini tidak terhenti sampai di sini sahaja.