Sunday, January 20, 2013

CURANG.

Mampukah kita memaafkan?
Mampukah hati yang terluka dirawat semula?
Bisakah pintu kemaafan dibuka seluas-luasnya buat si dia?
Andai hati masih terasa masih basah dengan darah luka itu?

Apa yang penting sekali..
adakah bisa kepercayaan itu akan tetap sama seperti suatu waktu dahulu?
Bisakah dilupakan setiap kecurangan di belakang kita?

Jawapannya..
pasti tidak sama sekali.
kepercayaan itu juga tidak akan sama
luka itu tetap akan terasa biarpun hati mahu memaafkan
meskipun hati masih menyayangi walau dengan sepenuh hati

perasaan takut..
perasaan dikhianati..
perasaan sedih..
perasaan sukar menerima..
perasaan sukar memaafkan..
dan asyik mencari kekurangan diri..

semuanya berkumpul membeku menjadi satu
dengan soalan sama berulang-ulang kali di kepala
~mengapa? mengapa? dan mengapa?~

Kecurangan adalah sesuatu yang paling sukar di terima seseorang
baik lelaki, apatah lagi perempuan
luka emosi adalah lebih buruk dari sesuatu apapun.
nampak sembuh tapi sebenarnya tidak
fobia akan terus menghantui hati

ingin terus memaafkan tetapi hati tetap ada sedikit rasa
rasa ragu dan terkilan.
ingin menerima semula seadanya
tapi hati masih berbelah bahagi

sesungguhnya hati yang pernah terluka sangat sukar untuk sembuh kembali.
ada sedikit rasa yang terpendam jauh di sudut hati.
rasa terkilan, sedih dan rasa dikhianati..
amat sukar memadamkan semua ini..

dan hati asyik berkata.
andainya dia tidak pernah curang padaku..

Tuesday, January 15, 2013

PELUANG KE-2.

Aku cuba memadamkan segala sejarah yang hitam.
Kerana hitamnya membuatkan aku bertambah buta.
Buta pada hati. Bukan pada mata.
Sedikit ruang tercipta.
Tercipta kerana masih ada sisa-sisa cinta disini.

Bermacam andaian bermain di kepala.
Mengapa dia pergi, pergi meninggalkan aku disini.
Suatu ketika dahulu.
Puas aku memikirkannya.
Namun buntu akhirnya.
Aku terasa berada di zon kelabu.
Gagal mencari hitam putihnya.

Dia kembali.
Seakan cuba menguji kali ini.
Tetapi seakan benar menagih janji. Ingin kembali sekali lagi.
Soalanku cuma satu-MENGAPA?

Aku pasti dia punya alasan.
Aku yakinkan hati dia punya alasan tersendiri.

Ku tadahkan tangan memohon pada sang Pencipta.
Pencipta segala cinta di atas cinta.
Pemilik cinta UTAMA.
Andai dia untukku, mohon redhaMU ya Rabb.
Andai dia untukku, mohon jalannya untukku.

Aku pahatkan dihati.
Setiap manusia punya sejarah sendiri.
Setiap yang berdosa perlu diberi peluang ke-2.
Kerna tiada manusia yang berdosa hilang masa depannya.

Lalu ku bukakan hati.
Mengutip sisa cinta ini
Mengumpul kemaafan yang hanya tinggal saki baki.
Untuk bermula sekali lagi.

Peluang ke-2.
Usah disia-siakan.
Andai di khianati, pasti hilang, punah dan mati.