Dia pilihan saya.
Ya, walau jarak ini memisahkan kami beribu batu jauhnya.
Jauh. ya, sungguh jauh.
Tapi hati sentiasa berharap agar cinta ini teguh.
Teguh, dan jangan pernah rapuh.
Utuh, dan jangan pernah lumpuh.
Masa menduga.
Diri semakin terpisah dek jarak.
Namun rindu selalu berderu, indah.
Tangis juga acap kali singgah.
Cemburu terkadang datangnya bertalu-talu.
Kerna bayangnya tidak pernah hilang
Cinta tidak pernah padam.
Malah makin dalam.
Hingga diri sendiri tenggelam.
Malah hampir hilang.
Cinta ini diuji dengan jarak
Jarak ini memberi sejuta rasa
Rasa yang bukan semua orang bisa merasa
Rasa yang bukan semua orang suka padanya
Rasa yang bagaimana?
Pernah kau rasa lemah?
Pernah kau rasa ingin rebah?
Pernah kau rasa rindu yang melimpah-limpah?
Pernah kau rasa cemburu tak tentu arah?
Pernah kau rasa kepercayaan seperti diganggu-gugah?
Pernah kau rasa terpinggir tapi cinta tetap mengalir?
Pernah kau rasa dikeji semata-mata kerana cinta dirinya?
Pernah kau rasa dicemuh semata-mata jarak ini jauh?
Cuba bayangkan semua rasa itu tanpa si dia disisi?
Terasa diri ingin mati
Mati bunuh diri
Tapi kau tahu dia masih ambil peduli
cuma jarak sahaja yang tidak memungkinkan dia di sini
kau tahu rasa ini satu..
walau jarak beribu batu
Kau redha di dalam rela.
Pekakkan telinga, butakan mata
Cengkam semua rasa, tanam di dalam dada
Biar orang kata sengsara tapi kau tahu kau bahagia
Walau bukan dengan cara mereka.
Kerana cinta kita berbeza.
Berbeza dari mereka semua.
Monday, November 21, 2011
Sunday, November 20, 2011
Pedoman Hidup.
Hidup ni jangan menyimpang dari fitrah.
Here a video from my favorite vlogger.
Happy watching!
Here a video from my favorite vlogger.
Happy watching!
Tuesday, November 15, 2011
Berlapang Dada dan Maafkanlah!
Kita manusia yang tak pernah lari dari kesilapan.
Mungkin hari ini kita buat silap
Mungkin juga ada orang lain buat silap pada kita
Adilkah kiranya kiranya satu kesalahan itu dihukum sepanjang kehidupannya?
Adilkah kiranya salah mereka disebut-sebut sehingga ke lubang kuburnya?
Hatta sesudah mereka meninggalkan dunia?
Adilkah?
Mengapa terlalu sukar kita menjadi manusia yang berlapang dada?
Mengapa kita terlalu sukar untuk menjadi manusia yang memaafkan?
Mengapa terlalu sukar untuk kita tidak mengungkit-ngungkit tentang kesilapan mereka?
Tahukah kita, tanpa kemaafan manusia takkan pernah aman?
Kita selalu menuding jari pada si banduan kerana kejahatannya
Kita selalu memandang sinis si pembuang bayi kerana perbuatannya
Selalu juga kita meminggirkan bekas si penagih dadah yang ingin kembali ke pangkal jalan
Tidak kurang juga si bekas pelacur yang di hina bertubi-tubi atas pekerjaan lamanya
Sedang mereka ini ingin berubah
mengapa kita sebagai manusia biasa ini sukar untuk memaafkan dan menerima semula?
Sebaliknya memandang sinis seumpama mereka tiada harga diri
Sambil jari jemari menuding lurus kepada mereka.
Mulut berkata
"Inilah dia petualang masyarakat. Menghancurkan bangsa. Menghina agama."
Oh indahnya bahasa!
Umpamanya diri sendiri baiknya seperti malaikat si pemberi rahmat
seperti diri tiada pernah berbuat secalit dosa
seperti diri sendiri suci tanpa sebarang noda.
cetek sungguh agama.
Kata nabi,
jangan sesekali membenci mereka,
sebaliknya bencilah perbuatan mereka.
Tiada salahnya menerima semula kehadiran si pendosa
Setelah dirinya sudah terhukum dek dunia
Tanpa sedar kita sebenarnya mengiktiraf diri umpama Tuhan layaknya
Meletakkan hukum tanpa rasa berdosa.
Sedang diri sebenarnya tidaklah sesempurna mana.
Berlapang dadalah dan maafkanlah mereka.
Kita juga manusia biasa.
Kemaafan boleh jadi pembuka cahaya bahagia buat mereka yang ingin berubah
Berubah menjadi insan yang lebih baik, lebih bahagia.

Saturday, November 12, 2011
Ya, Memang Cinta itu Buta
Nasi lemak buah bidara.
Sayang selasih hamba lurutkan,
buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan..
Pantun melayu memang berlemah-lembut bahasanya. Bak kata orang semua hendak berkias-kias umpamanya. Sampai la anak muda generasi sekarang dah tak faham lansung maksudnya. Payah nak hadam. Sebab nak kena fikir banyak kali. Apa benda yang tersirat sebenarnya.Jadi malas berfikir. Titik.
Orang sekarang kalau bercinta sanggup buang mak bapak.
Sanggup lari ke Lombok konon sumpah setia nak seia sekata sehati sejiwa.
Sanggup berkorban jiwa raga badan segala.
Sanggup bunuh orang, bagi pinjam barang, bagi pinjam badan, bagi pinjam harta.
Sanggup tala kepala sendiri ke tali gantung konon cinta itu buta.
Sudahnya nanti akhirnya sendiri berputih mata.
Menangis hiba.
Sebab semuanya dah terlambat. Lepas tu tahu pula mintak tolong orang tua.
Memang!
Memang cinta itu buta.
tapi...
Yang engkau pergi butakan mata kenapa?
Yang engkau pergi pekakkan telinga tu kejadah apa?
Bila susah tahu pula engkau nak meminta-minta.
Konon susah di lombok, tolong bawa aku pulang.
Dulu sebelum pergi tak fikir susah di kemudian hari?
Dulu sebelum pergi...
"Mak tak payah cari saya lagi. Saya sudah tahu jaga diri. Saya nak pergi kepada cinta sejati."
Oh, naifnya kamu.
Dunia ini bukan senaif kamu wahai budak.
Dunia ini kejam tahu?
Dunia ini bukan lah semudah pejam mata, pekakkan telinga sahaja.
Kalau langkah ini langkah pertama.
Banyak lagi onak duri yang bakal menusuk hati.
Membelakangkan orang tua bakal bisa buat kamu mati!
Semua orang tahu cinta itu buta.
tapi mengapa harus kamu juga buta kerana cinta.
sungguh rugi rasanya.
kerana bila kamu buta kerana cinta.
di akhirnya kamu bisa berputih mata
cinta saja tidak memadai untuk sehidup semati
tidak cukup lagi.
perlu banyak lagi nasihat didengari
perlu banyak lagi maklumat digali.
Bukan seperti lagu sehati sejiwa.
kadang logik harus mengatasi jiwa.
tebarkan segala kemungkinan.
lakarkan segala macam bakal kepayahan..
mahu kayuh perlahan-lahan?
pejam mata-tanya iman?
mampukah aku teruskan?
Cinta datang dan pergi.
Ibu bapa cuma sekali.
Satu dan tiada galang ganti.
Wajarkah dikorbankan mereka di akhirnya nanti?
Pertama Kali
Assalamualaikum dan hai.
Blog ini sekadar suka-suka mencipta karya-karya agung ciptaan sendiri di kala aku jiwa-jiwa.
Berharap ingin menulis lantaran kebosanan, kegembiraan, kesedihan. Ya, pelbagai emosi akan dipaparkan disini. Hasil ciptaan aku sendiri. Lama ingin menulis. Mungkin juga sajak, mungkin puisi dan mungkin juga cerita-cerita basi yang sudah pucat lesi. Esok lusa boleh campak dalam tong besi.
Eh, tong besi itu ape?
Tak faham tak mengapa. Personal blog boleh klik pada profile aku-sebelah kiri. Ini blog yang keberapa entah aku tak tahu. Yang pasti kalau aku tulis dekat blog peribadi, nanti aku baca aku malu sendiri. Jadi sebab itu blog ini tercipta.
Ok. Salam kenal pada semua. Kalau aku rajin update disini bermakna aku sedang berjiwa-jiwa di saat si dia jauh dimata.
p/s: mintak-mintak aku rajin hendakNYA.
Subscribe to:
Comments (Atom)