Monday, November 21, 2011

Tentang Dia, Tentang Jarak & Tentang Cinta

Dia pilihan saya.
Ya, walau jarak ini memisahkan kami beribu batu jauhnya.
Jauh. ya, sungguh jauh.
Tapi hati sentiasa berharap agar cinta ini teguh.
Teguh, dan jangan pernah rapuh.
Utuh, dan jangan pernah lumpuh.

Masa menduga.
Diri semakin terpisah dek jarak.
Namun rindu selalu berderu, indah.
Tangis juga acap kali singgah.
Cemburu terkadang datangnya bertalu-talu.
Kerna bayangnya tidak pernah hilang
Cinta tidak pernah padam.
Malah makin dalam.
Hingga diri sendiri tenggelam.
Malah hampir hilang.

Cinta ini diuji dengan jarak
Jarak ini memberi sejuta rasa
Rasa yang bukan semua orang bisa merasa
Rasa yang bukan semua orang suka padanya
Rasa yang bagaimana?

Pernah kau rasa lemah?
Pernah kau rasa ingin rebah?
Pernah kau rasa rindu yang melimpah-limpah?
Pernah kau rasa cemburu tak tentu arah?
Pernah kau rasa kepercayaan seperti diganggu-gugah?
Pernah kau rasa terpinggir tapi cinta tetap mengalir?
Pernah kau rasa dikeji semata-mata kerana cinta dirinya?
Pernah kau rasa dicemuh semata-mata jarak ini jauh?

Cuba bayangkan semua rasa itu tanpa si dia disisi?
Terasa diri ingin mati
Mati bunuh diri

Tapi kau tahu dia masih ambil peduli
cuma jarak sahaja yang tidak memungkinkan dia di sini

kau tahu rasa ini satu..
walau jarak beribu batu

Kau redha di dalam rela.
Pekakkan telinga, butakan mata
Cengkam semua rasa, tanam di dalam dada
Biar orang kata sengsara tapi kau tahu kau bahagia
Walau bukan dengan cara mereka.
Kerana cinta kita berbeza.
Berbeza dari mereka semua.

1 comment: